suria

Ibu 4 anak berang rawatan kosmetik jadikan wajah seperti ‘manusia gajah’

Wajah Sara Gibson sebelum (kiri) dan selepas menjalani rawatan kosmetik. foto Collect/ Daily Star

SEORANG ibu yang menempah rawatan kosmetik bernilai £400 (RM2,184) di sebuah salun rambut memberitahu kesannya membuatkan wajahnya kelihatan seperti 'manusia gajah'.

Malahan, dia bimbang keadaan itu akan mengancam nyawanya.

Sara Gibson, 46, mengalami reaksi alergi yang mengerikan setelah menjalani rawatan di sebuah salun di Eyemouth, Berwickshire di United Kingdom.

Seorang pakar kecantikan didakwa menyuntik Sara dengan produk yang dikatakan oleh pengeluar hanya boleh digunakan oleh pakar dermatologi yang berkelayakan.

Menurut Sara, kesan daripada rawatan itu menyebabkan rahangnya membengkak dan terdapat benjolan di bawah kulitnya.

Ibu kepada empat anak itu bukan sahaja bimbang nyawanya terancam, malah wajahnya kelihatan seperti 'manusia gajah'.

Bercakap kepada Daily Record, katanya: "Pada satu ketika, saya secara jujur menganggap saya akan mati kerana saya rasa sangat sakit. Saya kelihatan seperti 'manusia gajah'."

Wanita itu kemudian memfailkan tindakan undang-undang ke atas pakar kecantikan itu.

Dia turut mendakwa pakar kecantikan itu menyekatnya di Facebook selepas meminta bayaran balik. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard