suria

Menyayat hati... mangsa nahas Sriwijaya Air ucap ‘selamat tinggal’ di Instagram beberapa minit sebelum pesawat terhempas - “Byebye keluarga semua, kita pulang kampung dulu ya”

Ratih sempat membuat perkongsian di laman Instagramnya sebelum menaiki pesawat.

SEORANG penumpang sempat memuat naik posting di laman Instagram sebelum pesawat Sriwijaya Air yang dinaiki bersama beberapa ahli keluarganya yang lain terhempas ke dalam laut, beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang pada Sabtu.

Ratih Windania menulis: "Byebye keluarga semua, kita pulang kampung dulu ya".

Wanita tersebut turut berkongsi foto bersama dua anaknya yang sedang ketawa ketika berada di tempat duduk di dalam pesawat berkenaan.

Tragisnya, beberapa minit kemudian pesawat tersebut terhempas dan nasib Ratih bersama anak-anaknya masih menjadi tanda tanya.

Abang kepada Ratih, Irfansyah Riyanto yang mengambil alih akaun Instagramnya meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya dan juga penumpang lain.

Dalam kejadian pada petang Sabtu lalu, pesawat yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal terputus hubungan selepas berlepas dari lapangan Terbang Soekarno Hatta menuju ke Pontianak.

Pesawat tersebut dilaporkan terhempas dan menjunam ke dalam laut di Kepulauan Seribu, empat minit selepas berlepas dari lapangan terbang berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard