suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej berubah gara-gara hilang 63kg, wanita ini disangka perempuan simpanan kepada suaminya sendiri

Sarah kelihatan sangat berbeza selepas berjaya menurunkan berat badan sehingga 63 kilogram. Foto: SWNS

GARA-GARA sudah kurus, seorang wanita disangka sebagai perempuan simpanan kepada suaminya sendiri.

Sarah Buchanan mengamalkan diet sehingga dia kehilangan berat badan sebanyak 63 kilogram dalam tempoh 15 bulan.

Perubahan saiz tubuhnya itu membuatkan rakan-rakannya tidak dapat mengecam dirinya ketika terserempak dengannya di luar.

Pembantu penjagaan kesihatan berusia 33, tahun itu berkata: "Saya dan suami, Daniel sedang menunggu ayah saya datang menjemput. Rakan saya terlihat dan menyangka Dan mempunyai wanita lain di sisinya.

"Kemudian dia menyedari wanita itu adalah saya. Itu sungguh lucu. Ya, suami saya mempunyai seorang 'wanita' baharu," katanya berseloroh.

Menurut ibu kepada empat anak ini, dia mula mengamalkan diet selepas didiagnosi menghidap diabetes dan mungkin perlu menjalani pembedahan pintasan gastrik pada 2019.

Sementara itu suaminya, Daniel pula berkata,"Saya merasa seperti mendapat isteri baru.

“Dia kelihatan sangat berbeza sehingga orang menyangka dia wanita lain. Cukup lucu. Saya sangat bangga dengannya," kata lelaki tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain