suria

Menakjubkan! Lelaki transformasikan tanah perkuburan terbiar menjadi kediaman idaman dengan kos RM24.62 juta

Kediaman indah yang ditransformasi daripada sebuah tanah perkuburan terbiar dengan kos RM24.62 juta. Foto: Channel4/Grand Design

SEORANG lelaki mengejutkan ramai apabila berjaya mengubah sebuah kawasan tanah perkuburan terbiar menjadi rumah idamannya.

Justin Maxwell-Stuart, 50, dari London, membeli hartanah tersebut pada 2016 dan untuk merealisasikan kediaman idaman itu, dia membelanjakan kos £4.5 juta (RM24.62 juta).

Dia mendapat inspirasi daripada rumah agam keluarganya, Traquair House, iaitu rumah kediaman tertua di Scotland.

Menerusi salah satu episod rancangan Grand Designs, Justin mendedahkan pada asalnya dia menyasarkan untuk mentransformasikan tanah terbengkalai itu dalam tempoh 12 bulan dan dengan anggaran kos £1.6 juta (RM8.75 juta).

Bagaimanapun disebabkan pelbagai kekangan, ia tidak dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang disasarkan sebaliknya mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.

Kerja-kerja mengubah suai juga terpaksa dihentikan sepenuhnya selama tiga bulan akibat wabak pandemik Covid-19.

Selepas melalui pelbagai cabaran, proses transformasi kediaman berkenaan berjaya disiapkan pada November 2020.

Ia merupakan kediaman dengan empat tempat tidur lengkap dengan suite besar, ruang makan dan dapur, ruang membaca, ruang tamu yang besar, ruang bawah tanah, ruang TV dengan bar dan kolam renang. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard