suria

Berang kekasih direnung, cef tikam pelanggan restoran dengan pisau stik

Montoya dipenjara selama tiga tahun dan sembilan bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu dengan niat.

SEORANG cef menikam leher seorang pelanggan dengan menggunakan pisau stik gara-gara lelaki itu merenung kekasihnya, di sebuah restoran di London.

Fabio Montoya, 27, didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 September tahun lalu di sebuah restoran, La Barra.

Mahkamah Inner London Crown diberitahu, Montoya mengambil pisau stik dan menusuknya ke leher Diego Olave kerana lelaki itu sering menatap kekasihnya dan memanggilnya sebagai 'pelacur'.

Pisau itu tidak mengenai arteri utama, namun ia juga digunakan untuk melukai wajah mangsa 'dalam usaha mencacatkannya'.

Selepas insiden itu, Montoya, seorang cef di restoran lain, kemudian kembali semula ke restoran berkenaan dan meminta maaf kepada kakitangan sebelum mengembalikan pisau dan membayar bil.

Dia ditangkap pada Disemberlalu dan mengakui serangan itu kepada polis.

Montoya kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan sembilan bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu dengan niat. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain