suria

Data FlightRadar24 tunjuk pesawat Sriwijaya Air terjunam 60 saat dari ketinggian 10,000 kaki

Peta Flightradar24 menunjukkan laluan penerbangan pesawat Sriwijaya Air sebelum ia hilang dari radar. foto Twitter/ Mirror UK

PETA penerbangan menunjukan detik terakhir sebuah pesawat Boeing 737-500, sebelum ia hilang selepas dilaporkan terjunam dari ketinggian 10,000 kaki dalam masa hanya 60 saat.

Pesawat penumpang Sriwijaya Air dipercayai terjunam ke laut, dengan membawa lebih 60 orang, termasuk 10 kanak-kanak.

Laman web trafik udara Flightradar24 melaporkan pesawat itu terjunam dari ketinggian lebih 10,000 kaki pada masa kira-kira seminit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sriwijaya Air terhempas dalam laut, serpihan kapal terbang dan anggota badan manusia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Sriwijaya Air: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Peta penerbangan itu menunjukkan laluan penerbangan merentasi lautan, sebelum ia membuat pusingan 'tajam' dan hilang.

Pesawat itu terhempas ke laut selepas empat minit ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia.

Menurut Flightradar24, pesawat Boeing 737-500 'classic' hilang dari radar dalam penerbangannya ke Pontianak di Kalimantan Barat.

Angkatan Laut Indonesia memberitahu bahawa ia telah membuat koordinat terakhir dari pesawat yang hilang, dan kapal-kapal dihantar ke kawasan itu.

Menurut jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia, smua yang menaiki pesawat itu merupakan warga Indonesia. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain