suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbadan sado, wajah kacak pewaris takhta diraja curi perhatian netizen

Ramai peminat turut meninggalkan komen mengenai susuk tubuh dan rupa paras jejaka itu.

SEBUT sahaja keluarga diraja Britain, nama Putera Harry dan William pastinya antara yang pertama melintas di fikiran.

Namun, cucu saudara kepada Ratu Elizabeth, Arthur Chatto yang kini berusia 21 tahun turut menjadi sebutan ramai baru-baru ini.

Pewaris takhta yang berada pada tangga ke-26 itu mencuri perhatian netizen selepas dia berkongsi foto tidak berbaju menerusi internet.

Untuk rekod, dia merupakan cucu kepada Puteri Margaret yang juga adik beradik Ratu Elizabeth.

Malah, ramai peminat turut meninggalkan komen mengenai susuk tubuh dan rupa paras jejaka itu.

Kehadiran Chatto sewaktu pernikahan Harry dan Meghan Markle suatu masa lalu turut menjadi sebutan ramai. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain