suria

Demi janji, wanita ditangkap selepas daki 91 anak tangga piramid untuk simpan abu mayat suami

Dia didakwa sedang mabuk dan mendakwa mahu ke puncak untuk menyimpan abu mayat suaminya

KERANA janji, apa sahaja sanggup dilakukan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita yang ditahan di sebuah kawasan Piramid pruba Mayan di Mexico yang juga tapak warisan Unesco pada 3 Januari lalu.

Wanita itu mencetuskan kekecohan kerana mendaki 91 anak tangga piramid berkenaan sambil disaksikan ramai pelancong lain.

Malah, video wanita berkenaan turut tular di media sosial.

Selepas ditahan polis, dia yang dipercayai mabuk mendakwa mahu ke puncak untuk menyimpan abu mayat suaminya seperti yang dijanjikan bersama sebelum ini.

Namun katanya, dia menafikan dakwaan melempar objek dan abu mayat dari lokasi berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain