suria

Penemuan aneh! Wanita terkejut jumpa organ ketika berpindah ke kediaman baharu

Seorang wanita terkejut kerana menemui organ di dalam balang ketika berpindah masuk ke kediaman baharu. Foto: Mirror

KETIKA memasuki kediaman baharu, pasti kebanyakan orang menemui beberapa barangan yang ditinggalkan oleh pemilik sebelumnya.

Barangan seperti cawan, pinggan mangkuk dan beberapa perabot lama merupakan antara yang biasa ditinggalkan.

Namun berlainan pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini, apabila dia menjumpai sesuatu yang sangat aneh, ketika berpindah masuk ke kediaman baharunya.

Kathryn Gaston dari Glasgow menemui sebuah balang di bahagian dapur yang mengandungi injap aorta, iaitu bahagian yang berkaitan dengan jantung.

Penemuan Kathryn itu membuatkan dia dinobatkan sebagai pemenang pertandingan barang paling aneh, sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat sofa untuk mencari apakah barang aneh yang ditemui oleh warga Britain di kediaman baharu mereka.

Dengan menewaskan lebih dari 500 peserta lain, Kathryn berjaya membawa pulang set sofa baru bernilai £849.99 (RM4,619).

Selain itu, antara penemuan aneh oleh peserta lain termasuklah barangan tukang sihir yang dijumpai oleh Kerrie Jackson dari Wrexham. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain