suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model rakam foto bogel bersama gajah ketika melancong, pertahan tindakan selepas dikecam

Selain kecaman, ada yang turut mempertahankan tindakan Jessica.

SETIAP kali pergi melancong, kita pastinya akan merakam foto dan video untuk disimpan sebagai kenangan.

Begitu juga dengan seorang model dikenali sebagai Jessica Rast yang sempat melakukan 'photoshoot' sewaktu melancong ke Australia.

Namun, tindakannya yang merakam foto bogel di atas belakang seekor gajah menerima kecaman ramai.

"Ia dirakam dengan tenang. Terdapat penjaga haiwan yang bantu saya rakam foto," ujar Jessica mempertahankan tindakannya.

Malah dia menganggap rakaman foto itu sebagai satu ekspresi seni.

Selain kecaman, ada yang turut mempertahankan tindakan Jessica.

Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram, dia turut dikenali ramai sebagai 'influencer' pelacongan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain