suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seram! Pekerja di lokasi majlis perkahwinan terkejut tengok rakaman CCTV, pintu dewan terbuka sendiri

CCTV di dewan utama berjaya merakam pintu yang terbuka sendiri secara tiba-tiba.

SEORANG pekerja di sebuah lokasi majlis perkahwinan terkejut apabila melihat insiden mistik menerusi rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dewan utama.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Reddit itu, kelihatan seorang pengurus lokasi berdiri di kaunter di sudut kiri dewan, dengan tiada seorang pun tetamu yang memasuki dewan ketika itu.

Beberapa saat kemudian, tiga set pintu iaitu pintu masuk utama dan dua pintu di bahagian belakang secara tiba-tiba terbuka sendiri!

Pengurus itu kelihatan terkejut dengan kejadian yang berlaku, malah dia membuat pemeriksaan di dewan tersebut.

Menurut pekerja berkenaan, kesemua pintu dewan adalah jenis manual, bermakna ia bukan berlaku akibat kerosakan berkaitan tenaga elektrik.

"Pintu terbuka dan tidak mungkin disebabkan oleh angin. Situasi yang sangat aneh.

"Hartanah ini memiliki sebuah gereja kecil. Ia terletak di hutan berhampiran sebuah tasik jadi siapa tahu, mungkin sesuatu telah terjadi bertahun-tahun yang lalu sebelum ini," tulisnya pada perkongsian tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain