suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu diikat, lori bawa produk Apple bernilai jutaan ringgit dilarikan perompak

Menerusi kejadian pada 10 November lalu, pemandu lori dan pengawal keselamatan diikat sebelum produk-produk itu dilarikan.

PRODUK keluaran syarikat Apple bernilai £5 juta (RM24.38) juta dicuri dari sebuah lori menerusi satu kejadian di Northamptonshire, England.

Menerusi kejadian pada 10 November lalu, pemandu lori dan pengawal keselamatan diikat sebelum produk-produk itu dilarikan.

Lori itu kemudiannya ditemui di kawasan Lutterworth, Warwickshire.

Dalam satu kenyataan, Polis Northamptonshire berkata, pegawai mereka mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

"Mereka juga mahu bercakap dengan mana-mana individu yang ada ditawarkan produk Apple pada harga murah atau dalam keadaan mencurigakan," ujar polis lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain