suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwin paksa, pekebun akui gembira jadikan budak 13 tahun sebagai isteri nombor 5

Kata lelaki itu, dia bercadang mendapatkan cahaya mata sejurus remaja itu menginjak ke usia 20 tahun.

MALANG nasib seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 48 tahun.

Perkahwinan itu berlangsung di Maguindanao, Filipina pada 22 Oktober lalu.

Malah, foto sekitar majlis berkenaan turut tersebar di media sosial.

Antara yang turut menjadi bualan ramai termasuklah foto pekebun itu mencium pipi remaja berkenaan.

Dikenali sebagai Abdulrzak Ampatuan, lelaki itu sudah mempunyai empat isteri sebelum dia menikahi remaja itu.

Katanya lagi, dia bercadang mendapatkan cahaya mata sejurus remaja itu menginjak ke usia 20 tahun.

"Saya gembira dapat bertemu dengannya dan menghabiskan masa dengannya untuk menjaga anak saya," ujar lelaki itu.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Filipina merupakan negara ke-12 paling tinggi mencatatkan perkahwinan kanak-kanak dengan 726,000 perkahwinan setakat ini. - Mirror.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain