suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta sport berharga lebih RM13 juta total loss, remaja hanya cedera ringan

Keadaan kereta sport itu yang mengalami kerosakan teruk.

SEORANG remaja lelaki yang juga anak kepada seorang jutawan berdepan detik cemas apabila kereta sport milik bapanya bernilai RM13.58 juta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Gale Gillean, 17, hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden dekat Dallas, Texas.

Kereta sport jenis Pagani Huayra Roadster itu yang baru dibeli pada Jun lalu mengalami kerosakan teruk (total loss).

Remaja terbabit yang juga bintang sensasi YouTube turut memuat naik insiden negeri itu di platform media sosial itu.

Dia yang mempunyai 84,000 subscriber di YouTube turut meluahkan syukur kerana terselamat dalam insiden negeri itu.

"Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang kedua. Kemalangan itu mungkin boleh menyebabkan kematian," katanya.

Bapa Gale, Tim Gillean yang mempunyai firma ekuiti sendiri turut memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk sebuah Ferrari, Roll-Royce dan Lamborghini. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain