suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalani pembedahan plastik selepas ditinggal kekasih, transformasi wajah gadis ini curi perhatian

Transformasi wajah Nguyen berjaya menarik perhatian netizen.

SETIAP wanita mahukan raut wajah yang cantik untuk kelihatan lebih yakin di khalayak ramai.

Namun tidak semua dikurniakan kecantikan secara semula jadi sehingga ada yang dikeji kerana raut wajah yang tidak seberapa.

Dek perkara itu, seorang gadis di Vietnam sanggup menjalani pembedahan wajah selepas ditinggalkan teman lelakinya ketika berusia 17 tahun.

Perubahan wajah terbaharu Nguyen Tuong Vy, 21, yang tular di media sosial berjaya meraih perhatian netizen.

Rata-rata memuji raut wajahnya yang bertukar menjadi lebih cantik.



Nguyen menjalani pembedahan plastik seawal usia 19 tahun.

Difahamkan, Nguyen pernah bercinta dengan seorang lelaki kacak sebelum ini.

Namun dia ditinggalkan selepas dikutuk tidak sepadan oleh rakan-rakan teman lelakinya itu ketika mereka hadir ke sebuah majlis.

Sedih kerana dihina, Nguyen tekad mengubah bentuk wajahnya ketika berusia 19 tahun.

Dia turut meminta izin daripada ibunya untuk menjalani pembedahan tersebut.

Tindakannya itu disokong ibunya dan dia sanggup membayar segala kos pembedahan plastik dilakukan anaknya itu. - Oddity Central

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain