suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bunuh anak 3 tahun, sumbat mayat dalam beg plastik penuh mainan

Mangsa berusia tiga tahun dibunuh dan mayatnya disumbat dalam beg plastik dipenuhi permainan. Foto @caroline.carrilho.1/Newsflash

SEORANG ibu didakwa membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun sebelum memasukkan mayat di dalam beg plastik yang dipenuhi permainan.

Caroline Carrilho Correia, 29, memberitahu pasukan kecemasan bahawa dia telah membunuh anaknya di jalan raya di sempadan antara Curitiba dan Campo Largo, Brazil, pada Selasa.

Wanita itu ditemui di tebing sungai berdekatan lokasi kejadian, di mana suspek mencederakan dirinya sendiri dalam cubaan membunuh diri.

Suspek kemudian mengaku telah membunuh anak lelakinya, Isaac Carrilho Barbosa.

Dilaporkan, wanita berkenaan meninggalkan mayat tersebut di hutan berdekatan.

Mayat kanak-kanak itu kemudian ditemui disumbat di dalam beg berisi barang mainan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain