suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan 8 tahun ditinggal di stesen minyak bersama nota ‘dia terlalu nakal’

Polis sedang mengenal pasti identiti kanak-kanak yang ditinggalkan di stesen minyak. Foto cursedwibu/Newsflash

SEORANG ibu didakwa meninggalkan anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah stesen minyak kerana tidak tahan dengan perangai anaknya yang nakal.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersama satu nota yang menjelaskan bahawa anak kecil itu terlalu nakal untuk dijaga.

Kejadian berlaku di Kabupaten Pelalawan di Indonesia.

Kanak-kanak tersebut turut diberitahu supaya menjaga dirinya sendiri.

Gerakan untuk memburu ibu bapa mangsa kini sedang dilakukan.

Polis berkata, mereka tidak menerima laporan mengenai kanak-kanak hilang dan sedang mengenal pasti identiti kanak-kanak perempuan yang kini dalam jagaan.

Menurut akhbar Kompas, budak perempuan berkenaan ditinggalkan di stesen minyak kerana terlalu bermasalah. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain