suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis beri amaran, kucing mudah terdedah kepada Covid-19... perlu dikuarantin jika pemiliknya disahkan positif

Para saintis dari AS memberi amaran bahawa kucing merupakan haiwan yang mudah terdedah kepada Covid-19. Foto: Getty Images

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19.

Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial.

"Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain," kata para saintis.

"Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah," demikian kata para saintis berkenaan.

Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing 'sangat mudah terdedah' kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kucing, kuarantin, Covid-19

Artikel Lain