suria

Gagal minta bantuan, dua beradik tinggal bersama mayat nenek seminggu

Connie Taylor (tengah) meninggal dunia pada usia 71 tahun di rumahnya. Foto NBCDWF

DUA beradik berusia lima dan tujuh tahun terpaksa tinggal bersama mayat nenek mereka selama kira-kira seminggu, kerana gagal mendapatkan bantuan.

Nenek berkenaan, Connie Taylor, 71, meninggal dunia di rumah mereka di Talty, Texas di Amerika Syarikat.

Cucu-cucunya, yang baru diambil untuk tinggal bersamanya sebulan sebelum kematiannya, tidak dapat membuka kunci telefon untuk meminta pertolongan kerana tidak mengetahui kata laluan.

Dua kanak-kanak lelaki itu, menghabiskan lima hari dengan menjaga diri mereka sendiri.

Mereka dilaporkan memberitahu jiran bahawa mereka takut untuk keluar, maka hanya tinggal di rumah dan memakan makanan dari dapur.

Mayat nenek itu hanya ditemui selepas seorang guru di sekolah datang ke rumah selepas menyedari muridnya tidak hadir ke kelas.

Bercakap kepada Metro, guru berkenaan, Kristen Zastoupil berkata, mereka menyedari sesuatu telah berlaku.

"Mereka biasanya sering berkomunikasi dengan penjaga kanak-kanak itu.

"Dan bila tidak ada respons, mereka sedar sesuatu tidak kena berlaku," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

nenek, mayat, meninggal dunia,

Artikel Lain