suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketawa sembur air ke muka anak kecil demi video TikTok, wanita bangkit kemarahan netizen

Video TikTok seorang wanita menyembur air pada muka anak perempuannya membangkitkan kemarahan netizen. Foto TIKTOK/mommyandkolbie

SEORANG ibu membangkitkan kemarahan netizen selepas merakamkan dirinya menyembur air pada anak perempuannya yang masih kecil, sambil mentertawakannya.

Courtney Hauman memuat naik video tersebut di akaun TikToknya pada Selasa.

Sejak itu, video berkenaan ditonton lebih 165,000 kali.

Menerusi video tersebut, dia mengangkat pili di hadapan kanak-kanak itu.

Dengan lagu yang dimainkan sebagai latar belakang, Courtney berulang kali menyembur air ke muka anak kecil itu.

Dia kemudian memalingkan wajahnya ke arah kamera dan mula ketawa sebelum mengulangi perkara yang sama.

Menerusi ruangan komen, netizen menyuarakan perasaan marah mereka terhadap tindakan wanita tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sembur air, ibu, TikTok, anak,

Artikel Lain