suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit Covid-19 dakwa dirogol pemandu ambulans dalam perjalanan ke hospital

Seorang wanita mendakwa dirogol ketika dalam perjalanan ke hospital. Foto Indian Express (Representational)

SEORANG wanita di Kerala, India yang merupakan pesakit Covid-19 mendakwa dirinya dirogol oleh pemandu ambulans, menurut polis seperti yang dilaporkan oleh Indian Express.

Kejadian didakwa berlaku di dalam ambulans ketika perjalanan ke hospital.

Polis daerah Pathanamthitta, Superitendan KG Simon berkata, tertuduh, Noufal kini ditahan.

Suspek bertugas di jabatan kesihatan negeri dan menyediakan khidmat ambulans.

Tertuduh dikatakan memandu ambulans ke kawasan sunyi-sepi dan merogol mangsa.

Mangsa kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada hospital, sebelum menghubungi pihak polis.

Keterangan wanita berkenaan dan suspek telah diambil.

Susulan kejadian itu, mangsa menjalani proses kaunseling di pusat yang merawatnya untuk Covid-19. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain