suria

Penduduk kampung terpencil di Nepal 'muliakan' penyu bercangkerang emas, dianggap sebagai jelmaan dewa

Penyu ini disembah oleh penduduk sebuah perkampungan terpencil di India. Foto: Pen News

PENDUDUK di sebuah perkampungan terpencil di Nepal, India menyembah seekor penyu yang mempunyai cangkerang emas kerana percayai bahawa ia adalah jelmaan dewa.

Reptilia yang dianggap memiliki 'nilai keagamaan signifikan' itu ditemukan di sebuah desa yang terletak di tenggara Nepal.

Ia dikenal pasti sebagai penyu dari spesies Indian Flapshell.

Sebenarnya penyu berkenaan mengalami mutasi genetik yang sangat jarang berlaku, yang menyebabkan kehilangan pigmentasi warna.

Pakar Reptilia Kamal Devkota berkata: "Ia bukan hanya haiwan emas tetapi mempunyai nilai keagamaan dan kebudayaan yang signifikan di Nepal.

"Masyarakat percaya bahawa Dewa Vishnu menjelma dalam bentuk penyu untuk menyelamatkan alam semesta daripada kehancuran," katanya.

Reptilia itu kemudian dilepaskan ke habitat asalnya walaupun berkemungkinan mengalami kesukaran untuk bertahan dalam jangka hayat yang panjang.

'Avatar' Dewa Vishnu yang dikenali sebagai Kurma disembah di sejumlah kuil di India sejak beberapa hari lalu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain