suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi tragis, sempat buat live sebelum maut dirempuh kereta api

Tavy Pustiu menjerit sebelum kereta yang dinaikinya bersama isteri dirempuh sebuah kereta api. Foto NEWSFLASH

SEORANG penyanyi sempat merakamkan detik-detik terakhir menerusi video penstriman secara langsung, sebelum kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta api.

Tavy Pustiu, 29, yang dikatakan sebagai bintang yang sedang meningkat naik di Romania, terbunuh dalam satu tragedi ngeri.

Ketika kejadian, Tavy merakamkan dirinya sedang mendengar muzik di dalam kereta, sementara isterinya sedang memandu.

Rakaman itu menunjukkan dia menari mengikut rentak lagu sambil melihat kamera sebelum kereta yang dinaiki mereka dirempuh kereta api.

Dalam kejadian yang berlaku di Ploiesti di Prahova County, pemuzik itu kelihatan riang dan tersenyum memandang isterinya, yang sedang meninjau kedatangan kereta api.

Bagaimanapun, isterinya gagal untuk bertindak pantas apabila kereta api laju muncul secara tiba-tiba sebelum merempuh kereta yang dinaiki mereka.

Rakaman terakhir menunjukkan penyanyi berkenaan menjerit sebaik menyedari bahaya yang menimpanya.

Tavy meninggal dunia di tempat kejadian, dan isterinya dalam keadaan kritikal di Hospital Prahova County. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain