suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Anjing ditinggalkan terkurung kepanasan dalam kereta, pemiliknya pula bersuka ria di taman tema

Anjing-anjing yang terkurung kepanasan dalam sebuah kereta berjaya diselamatkan oleh pegawai polis. Foto: MEN/Isle of Wight Police

TIDAK berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang pemilik apabila tergamak meninggalkan dua ekor anjing peliharaannya di dalam kereta untuk tempoh yang lama.

Lebih teruk, pemilik haiwan peliharaan berkenaan dilaporkan bersuka ria di taman tema!

Bagaimanapun, anjing-anjing yang terkurung dan kepanasan di dalam kereta berkenaan berjaya dikeluarkan oleh pegawai polis.

Kejadian berlaku di Taman Tema Blackgang Chine, United Kingdom.

Posting mengenai kejadian tersebut yang dikongsikan di laman sosial nyata menimbulkan kemarahan ramai.

Mereka menyifatkan perbuatan tersebut merupakan kekejaman terhadap haiwan, dan menggesa undang-undang berkaitan dikaji semula. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

taman tema, anjing, kepanasan

Artikel Lain