Rumah dekat padang golf, lelaki buat prank pura-pura pengsan terkena pukulan bola

Seorang lelaki berpura-pura pengsan seolah-olah terjatuh selepas terkena bola golf. Foto instagram golfersdoingthings

SEORANG bapa yang tinggal di padang golf membuat gurauan (prank) di rumahnya.

Disebabkan lokasi kediamannya yang begitu dekat dengan padang golf, terlalu banyak bola golf memasuk halaman belakang rumahnya.

Bagaimanapun, daripada mengutip bola itu dan membalingnya ke luar pagar atau menyerahkannya semula kepada pemain golf, dia membuat prank yang mengejutkan.

Apabila sebiji bola golf memasuki kawasan rumahnya, dia segera mendekati bola tersebut dan baring di atas tanah.

Keadaan itu seolah-olah dia pengsan selepas terkena pukulan bola golf.

Dia kemudian menunggu sehingga pemain golf datang menghampiri halaman belakang rumahnya.

Sebaik pemain golf menemui bolanya, lelaki berkenaan mula mengosok kepalanya.

Pemain golf itu akan terkejut selepas menyedari pukulan bolanya terkena lelaki tersebut.

Tidak mahu berlengah, dia kemudian bangun, mengutip bola dan menyerahkannya kembali kepada pemain.

Keadaan itu membuatkan pemain golf bersimpati dan bertanyakan tentang keadaannya.

Rakaman aksi lucu itu dibuat oleh ahli keluarganya menerusi tingkap rumah. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

golf, prank,

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain