suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya kerana duit pencen, lelaki simpan mayat ibu dalam peti sejuk 6 bulan

Wu menyimpan mayat ibunya di dalam peti sejuk. Foto AsiaWire

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati menyimpan mayat ibunya di dalam peti sejuk selama enam bulan, bagi mengutip wang pencen ibunya.

Dia disabitkan hukuman penjara enam bulan,

Hanya dikenali sebagai Wu, pemuda itu menyimpan mayat ibunya sejak kematian pada 4 April tahun lalu.

Tindakannya itu akhirnya terbongkar selepas pekerja komuniti mencari ibunya yang berusia 68 tahun itu.

Polis menemui mayat wanita itu yang telah beku selepas mengadakan serbuan di sebuah rumah di Baoshan di timur China.

Jiang Xiaoyan, ketua pendakwa berkata, Wu yang berusia 44 tahun tidak bekerja dan hanya bergantung kepada ibunya, Fu.

"Tertuduh menetap lama tanpa sebarang pendapatan yang kukuh," katanya.

Menurut Wu, dia membeli peti sejuk secara dalam talian, bagi mengelakkan bau busuk mayat ibunya itu disedari oleh jiran-jiran. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mayat ibu, pencen,

Artikel Lain