suria

Lelaki dikejutkan penemuan buaya bawah katil

Seekor buaya dilihat di bawah katil di sebuah bilik. Foto AsiaWire

SEORANG lelaki dikejutkan dengan seekor buaya yang berada di bawah katilnya.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian di wilayah Shandong di timur China pada 29 Julai, pasukan bomba dipanggil untuk ke asrama lelaki.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Weibo, menunjukkan pasukan bomba masuk ke sebuah bilik dengan membawa perangkap jaring.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama haiwan tersebut berada di dalam bilik berkenaan.



Pasukan penyelamat cuba menangkap buaya di dalam bilik. Foto AsiaWire

Pasukan bomba terpaksa mengunci bilik tersebut bagi mengelakkan buaya berkenaan keluar dari kawasan tersebut.

Mereka kemudian menghubungi pakar dari Zoo Jinan untuk membantu.

Seorang kakitangan zoo dilihat memasuki bilik tersebut dan meletakkan jaring pada buaya yang dikatakan berukuran lebih satu meter.

Ia kemudian dibawa ke Zoo Jinan, dan menjalani pemeriksaan dan di bawah pengawasan buat sementara waktu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba Jinan berkata, tidak dipastikan dari mana datang buaya tersebut tetapi pita pada mulut haiwan itu kemungkinan ia mempunyai pemilik dan tidak liar.

Menurut laporan, haiwan itu kemungkinan terjatuh dari sebuah lori semasa ia dipindahkan di kawasan berdekatan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

buaya, katil, Zoo Jinan,

Artikel Lain