suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh move on, lelaki kenakan ex-gf minta orang ramai menyamar jadi Chewbacca

Seorang lelaki membuat iklan meminta orang ramai menyamar sebagai Chewbacca dan menelefon bekas kekasihnya. Foto 9News

SEORANG lelaki di Australia meletakkan poster iklan di sekitar sebuah bandar bagi meminta orang ramai menghubungi bekas kekasihnya dan menyamar sebagai Chewbacca, watak dalam filem Star Wars.

Dia mendakwa sesiapa yang dapat memberi kesan terbaik akan memenangi wang tunai berjumlah AS$100 (RM424).

Hadiah tersebut merupakan imbuhan kepada usaha mereka menelefon dan menjerit 'RAWRGWAWGGR'.

Jessica, 29, yang berasal dari Cairns di Queensland, Australia berkata: "Saya menerima banyak panggilan telefon pada lewat malam hingga satu dan empat pagi.

"Pada mulanya saya fikir ia kelakar, saya fikir ia sekadar gurauan lucu," katanya kepada 9News.

Dia memutuskan hubungan mereka selepas mendakwa mendapati bekas kekasihnya itu menghantar mesej kepada perempuan lain di Facebook.

Walaupun lucu, dia berkata, sesetengah panggilan telefon dibuat pada tengah malam sehingga mengejutkan anak-anaknya dari tidur.

"Saya ingat bila kami mula-mula jumpa, dia seorang yang matang. Tapi ia menunjukkan bahawa mempunyai kerja tidak bermakna anda matang," katanya kepada Cairns Post.

"Ia melukakan perasaan saya," katanya. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Chewbacca, prank, Star Wars, move on, ex, gf,

Artikel Lain