suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Pemandu bas wanita diserang berulang kali selepas minta penumpang pakai topeng muka

Insiden serangan berlaku di Darmstadt, Jerman. Foto Getty Images

SEORANG pemandu bas wanita dilaporkan dipukul selepas meminta seorang penumpang memakai topeng muka.

Insiden berlaku di bandar Darmstadt di Hesse, dekat Frankfurt, Jerman, pada malam 28 Julai.

Di kebanyakan negeri di Jerman kini mewajibkan penduduk supaya memakai topeng muka semasa berada di kedai, pasar raya, pusat membeli-belah termasuk di dalam pengangkutan awam berikutan pandemik Covid-19.

Pemandu wanita itu, berusia antara 20 dan 30 tahun, di dalam bas di Stesen Sentral Darmstadt.

Dilaporkan tiada seorang pun di dalam sekumpulan penumpang menutup mulut dan hidung mereka.

Ketika diminta pemandu bas supaya memakai topeng muka, kumpulan berkenaan dikatakan memakinya dan tidak mempedulikan arahan tersebut.

Suspek dikatakan menyerang mangsa beberapa kali semasa tiba di destinasi sebelum kumpulan itu melarikan diri. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

topeng muka, pukul, pemandu bas,

Artikel Lain