suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli politik maut akibat Covid-19 selepas bersesak dalam perhimpunan, enggan pakai topeng muka

Herman Cain maut akibat dijangkiti Covid-19. Foto Reuters

BEKAS calon presiden, Herman Cain meninggal dunia akibat Covid-19 selepas menghadiri perhimpunan Donald Trump di Tulsa, Amerika Syarikat (AS).

Cain, 74, merupakan antara penyokong Trump yang enggan memakai topeng muka semasa pandemik.

Beliau menghadiri perhimpunan di Oklahoma, bulan lalu.

Kebanyakan peserta berkumpul secara bersesak tanpa memakai topeng muka.

Dua minggu kemudian, beliau didiagnosis Covid-19 dan dimasukkan ke hospital pada 2 Julai.

Sejurus sebelum dijangkiti virus itu, Cain memberi sokongan bahawa topeng muka tidak diwajibkan untuk satu majlis di Mount Rushmore di South Dakota.

"Topeng muka tidak akan diwajibkan untuk program tersebut, yang akan dihadiri Presiden Trump. Rakyat dah bosan!" katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain