suria

Seram! Pelajar ikuti kelas online gempar ‘hantu’ intai belakang cikgu

Kelibat lembaga seorang kanak-kanak perempuan di sebalik pintu ketika seorang guru mengadakan kelas secara dalam talian. Foto CEN

SEKUMPULAN pelajar digemparkan dengan kelibat 'hantu' seorang kanak-kanak perempuan semasa mengikuti kelas secara dalam talian.

Lembaga itu dilihat muncul bersembunyi di sebalik pintu menerusi rakaman yang memaparkan guru mereka.

Kejadian aneh tersebut berlaku di rumah guru berkenaan di bandar Monterrey di Nuevo Lon di Mexico.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Freddy Gzz menunjukkan klip rakaman kelas secara dalam talian ketika muncul lembaga menyeramkan itu.

Guru tersebut dilihat sedang bercakap dengan para pelajarnya menerusi kamera apabila muncul seorang budak perempuan berwajah pucat seperti hantu.

Lembaga itu kelihatan berlegar-legar dan kemudian hilang,

Menerusi klip lain, 'hantu' itu dilihat merangkak di lantai.

Para pelajar memaklumkan mengenai kejadian, namun guru mereka tidak melihat sebarang perkara aneh.

Malah, guru tersebut mengalihkan komputer ribanya dan menunjukkan keadaan biliknya.

Dia kemudian memberitahu para pelajanya bahawa dia mempunyai seekor anjing di rumah baharunya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hantu, kelas online, guru, budak perempuan,

Artikel Lain