suria

Terhutang budi, ibu angkat paksa budak 12 tahun kahwini lelaki usia 45 tahun... jadi isteri nombor 4

Iibu kandung kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis atas perkawhinan berkenaan. (gambar Hiasan)

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun dipaksa mengahwini lelaki berusia 45 tahun selepas dia membayar bil persekolahan dan perubatannya.

Pelajar sekolah itu yang berusia 33 tahun lebih muda berbanding suaminya merupakan isteri keempat lelaki itu.

Menurut laporan, perkahwinan di Banyuwangi, Jawa, Indonesia itu berlaku atas paksaan ibu saudara kanak-kanak itu yang juga ibu angkatnya.

Difahamkan, ibu kandung kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis atas perkawhinan berkenaan.

"Ibu bapa kandung tidak dapat menerima perkahwinan itu. Ia dijalankan tanpa kebenaran.

"Kanak-kanak itu sudah empat minggu berkahwin. Suaminya juga sentiasa ada.

"Kami tak tahu sejauh mana sudah berlaku antara mereka. Ia menjadi tugas polis untuk menyiasat dan menjalankan siasatan," ujar seorang jurucakap.

Tambahnya, keluarga kanak-kanak itu mahu lelaki berkenaan dikenakan hukuman atas perbuatan tersebut. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain