suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Rusia berjaya lengkapkan uji kaji vaksin ke atas manusia

Rusia membenarkan dua uji kaji vaksin ke atas manusia setakat ini.

PENULARAN Covid-19 di seluruh dunia ternyata memberi impak yang tidak pernah difikirkan oleh akal manusia.

Siapa sangka dalam sekelip mata, kehidupan kita berubah dan kini wujud pula normal baharu yang perlu diterapkan dalam mendepani pandemik itu.

Terbaharu, negara Rusia dilaporkan sudah melengkapkan uji kaji klinikal vaksin Covid-19 ke atas manusia.

Menurut Smolyarchuk yang mengetuai kajian di Universiti Sechenov, individu terlibat perlu dimasukkan ke hospital selama 28 hari selepas disuntik vaksin.

Ujian mendapati mereka berjaya membina imuniti terhadap Covid-19, namun tiada maklumat terperinci diterbitkan sehingga kini.

Individu yang terlibat dengan uji kaji itu akan dibenarkan discaj pada Rabu dan 20 Julai ini.

Dalam pada itu, pengarah Institut Perubatan Parasitologi, Alexander Lukashev berkata, vaksin itu sememangnya diuji selamat ke atas manusia.

Untuk rekod, Rusia telah memberi kebenaran ke atas dua ujian klinikal vaksin Covin-19.

Ujian pertama dibuat di Hospital Tentera Burdenko manakala ujian keduai dilakukan di Universiti Sechenov. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rusia, Covid-19, vaksin

Artikel Lain