suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembinaan di kawasan hutan cetus masalah, ramai simpati lihat harimau gagal lepasi tembok konkrit untuk pulang ke habitat

Harimau itu gagal melepasi tembok yang dibina di kawasan hutan.

SATU rakaman memaparkan seekor harimau gagal melepasi tembok konkrit di India menjadi tular.

Difahamkan, harimau itu cuba memasuki kawasan hutan yang menjadi habitatnya.

Menerusi video di yang dirakam oleh petugas hutan India, harimau itu cuba melepasi tembok konkrit tersebut.

Namun, percubaan beberapa kali haiwan itu menemui jalan buntu apabila ia gagal melepasinya.

Akibatnya, haiwan berkenaan berlalu pergi dengan begitu sahaja.

Video itu turut menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter.

Malah, ramai yang mengupas isu pembinaan infrastruktur di kawasan hutan sehingga mencetuskan masalah kepada hidupan liar.

Dalam pada itu, ramai yang turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa haiwan tersebut. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

harimau, tembok konkrit, India

Artikel Lain