suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi sekeping gambar, bapa sanggup biar anak tergantung di tebing curam

Tindakan tersebut dikecam netizen.

SEORANG lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dirakam menggantung anaknya di tepi jalan dekat kawasan curam untuk bergambar.

Aksi berbahaya itu dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.

Video itu mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Kanak-kanak itu dilihat memegang tangan bapanya manakala kakinya dilihat bertahan pada tebing dinding konkrit.

Lelaki itu dilihat dalam posisi mencangkung manakala seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambarnya dari arah belakang.

"Kanak-kanak itu dlihat tergantung di sana? Bagaimana dia terfikir nak buat begitu?

"Kanak-kanak itu hanya memegang tangan bapanya seperti itu," kata netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu namun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadapnya.

Jalan Hongjing sepanjang 18.94 kilometer itu ditukar menjadi pusat tarikan pelancong antara Mei dan Oktober 2009. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain