suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa 6 anak sembuh Covid-19 selepas isteri mula persiap pengebumian

Christopher Lazar dimasukkan ICU selama lima minggu dengan bantuan ventilator. Foto Sarah Lazar / SWNS

BAPA enam anak yang diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai harapan tipis untuk hidup selepas dijangkiti Covid-19, memberitahu dia sembuh ibarat 'sebuah filem Hollywood'.

Christopher Lazar, 44, diberi peluang hanya 5 peratus untuk bertahan selepas dia terlantar selama lapan minggu di hospital, akibat virus itu.

Selama lima minggu dia berada di unit rawatan rapi (ICU) bergantung kepada ventilator.

Isterinya, Sarah menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan persiapan pengebumiannya.

Suaminya mengalami pelbagai penyakit seperti kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan radang paru-paru.

Bagaimanapun, suaminya kini dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih secara luar biasa.

Christopher, dari Leeds, United Kingdom berkata: "Saya tidak percaya ini berlaku kepada saya - semuanya begitu pantas.

"Rasanya seperti filem Hollywood tetapi saya sangat gembira dapat pulang bersama keluarga," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ICU, Covid-19,

Artikel Lain