suria

Meriah! Kahwini 39 wanita dan dikurniakan 94 anak, 33 cucu... lelaki berusia 74 tahun ini punyai keluarga terbesar di dunia

Lelaki dari India, Ziona Chana mempunyai keluarga terbesar di dunia. Foto: Getty Images

JIKA sebelum ini keluarga Radford di Britain dikenali kerana mempunyai seramai 22 orang anak, kini netizen pasti terkejut apabila mengetahui mengenai sebuah keluarga besar di India.

Ziona Chana mempunyai 39 isteri dan hasil poligami itu, lelaki berusia 74 tahun ini dikurniakan 94 orang anak.

Keluarga besar ini mendiami sebuah mansion empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik bersama-sama 14 menantu perempuan dan 33 cucu.

Anak-anak perempuannya yang sudah berkahwin pula tinggal berasingan dengan suami masing-masing.

Ziona adalah pemimpin mazhab Kristian, Chana Pawl yang diasaskan pada 1942 oleh ayahnya.

Mazhab ini membenarkan lelaki mengahwini seberapa ramai wanita yang mereka sukai.

Bagi menampung keperluan makanan, keluarga ini menanam pelbagai sayur-sayuran di kawasan kediaman mereka.

Ziona mempunyai sistem penggiliran untuk bermalam bersama mana-mana isterinya. - DailyStar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

keluarga, Ziona Chana, India, mansion, poligami

Artikel Lain