suria

Tragedi pencuci mulut, pengantin perempuan maut di majlis kahwin

Istana tersebut menjadi lokasi popular untuk majlis perkahwinan. Foto Dmitry Karabanov

SEORANG pengantin perempuan rebah sebelum meninggal dunia di majlis perkahwinan mewah di sebuah istana di Rusia.

Kematian pengantin disebabkan mengalami kejutan anafilaksis yang disyaki berpunca oleh alahan kacang.

Alexandra Erokhova, 25, mengalami tindak balas yang melampau selepas menikmati pencuci mulut pada majlis perkahwinannya.

Para tetamu bergegas membantu pengantin yang mula berasa seperti sesak nafas.

Mereka menghubungi ambulans untuk segera ke lokasi kejadian di Moscow.

Memetik laporan, pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian tetapi tidak dapat menyelamatkan pengantin perempuan.

Doktor memaklumkan bahawa dia mengalami 'kejutan anafilaksis' yang dipercayai disebabkan oleh alahan kacang.

Menurut keluarganya, Alexandra mengalami alahan kacang sejak kecil dan saudara-mara telah memberitahu lebih awal mengenai perkara itu kepada tukang masak. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain