suria

Nota ancaman bom ditemui dalam tandas, pesawat terpaksa mendarat cemas

Sebuah jet turut dihantar untuk mengiringi pesawat itu sejurus nota ancaman ditemui.

SEBUAH jet tempur jenis RAF Typhoon terpaksa memintas sebuah pesawat Ryanair pada Isnin petang selepas kru kabin menemui nota ancaman bom di dalam tandas.

Pesawat FR1902 itu kemudiannya terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Stansted, London.

Difahamkan, pesawat dalam perjalanan dari Poland ke Dublin itu gempar dengan penemuan nota berkenaan selepas dua jam berlepas.

Selepas laporan dibuat, sebuah jet tempur dihantar untuk memintas serta mengiringinya sebelum pendaratan cemas dilakukan.

Beberapa foto yang dimuat naik memaparkan polis mengerumuni pesawat itu sejurus ia mendarat.

Penumpang juga turut dipindahkan keluar bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.

Insiden itu turut disahkan oleh jurucakap syarikat penerbangan tambang murah itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain