suria

Penghuni rumah orang tua tampil kreatif, hasilkan semula ‘cover’ album artis popular

Cover Album 21 oleh penyanyi Adele antara yang paling mencuri tumpuan.

SEBAGAIMANA insan-insan lain, penghuni rumah orang juga terperap di pusat jagaan mereka dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Tatkala kebosanan itu, mereka tampil dengan idea kreatif untuk menghasilkan semula penghias muka depan (cover) album artis-artis popular sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut pengurus aktiviti Sydmar Lodge di England, dia tidak menyangka usaha itu akan menjadi tular sejurus ia dihasilkan dan dikongsi menerusi Twitter.

"Saya buat projek ini untuk menggembirakan mereka. Cucu masing-masing pun turut kongsi foto-foto tersebut.

"Lama terperangkap dalam perintah berkurung, saya mahu wujudkan waktu yang menyeronokkan untuk mereka," ujar Robert Speker. - Bored Panda.

Berikut merupakan karya-karya yang dihasilkan mereka:

Michael Jackson

Madonna

David Bowie

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cover album, Adele, Taylor Swift

Artikel Lain