suria

Hukuman sebat terbuka tetap berjalan di Aceh ketika pandemik Covid-19

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah Islam. Foto: AFP

SATU pasangan di Aceh yang ditangkap atas kesalahan melakukan zina menerima hukuman sebatan sebanyak 100 kali setiap seorang pada Jumaat, meskipun larangan meluas perhimpunan ramai kerana kebimbangan penularan Covid-19.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia, negara yang mempunyai penganut Islam paling ramai di dunia yang melaksanakan undang-undang syariah Islam.

Kesalahan yang memungkinkan hukuman sebat dikenakan termasuklah perjudian, perzinaan, meminum minuman keras dan hubungan seks sejenis.

Sepertimana kebiasaannya, hukuman sebat akan dilakukan di tempat terbuka yang boleh ditonton orang ramai.

Sungguhpun wujud larangan perhimpunan orang ramai, namun pegawai menegaskan bahawa mereka mematuhi peraturan penjarakkan sosial selain mengambil langkah pencegahan lain.

Pasangan itu diperiksa suhu badan dan memakai topeng muka ketika mereka disebat di luar sebuah masjid di barat Sumatera.

Bagaimanapun hanya kumpulan kecil sahaja yang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat itu.

"Tidak banyak orang yang datang hari ini kerana mereka sudah pernah melihatnya berkali-kali, ataupun mereka takut dengan Covid-19," kata seorang penduduk tempatan, Faisal. - CNA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aceh, sebat, Covid-19

Artikel Lain