suria

Pakar tentera dakwa virus Covid-19 bermula di makmal senjata China

Dua petugas di dalam sebuah makmal di Wuhan.

BESAR kemungkinan virus Covid-19 datang dari sebuah makmal senjata di China.

Pegawai kanan tentera dan pakar perisikan, Kolonel Richard Kemp mendakwa dia dimaklumkan pada Mac lalu bahawa jangkitan itu dipercayai berpunca dari unit virologi di China.

Ia mungkin digunakan sebagai senjata biologi atau untuk tujuan penyelidikan, lapor DailyMirror.

Kolonel Kemp yang juga bekas penasihat kerajaan United Kingdom (UK) yang bertanggungjawab termasuk bio-keganasan berkata kerajaan China cuba menyembunyikan sesuatu mengenai pandemik itu.

"Saya dimaklumkan oleh sumber yang sangat dipercayai bahawa dakwaan itu ada kebenarannya.

"Kemungkinan besar, saya diberitahu, virus itu datang dari haiwan yang terlibat dalam ujian di Institut Virologi Wuhan sebelum tersebar di sebuah pasar basah.

"Saya mengenali sumber itu selama beberapa tahun dan percaya dia tidak akan memberikan maklumat palsu," katanya.

Penularan wabak Covid-19 bermula di Wuhan, China pada hujung tahun lalu.

Ramai nyawa terkorban akibat jangkitan tersebut yang masih belum ada penawarnya sehingga hari ini. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
virus, Covid-19, makmal senjata

Artikel Lain