suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 kanak-kanak positif Covid-19 selepas beberapa hari sekolah rendah dibuka semula

Sekolah Rendah St Paul's Church of England mengeluarkan surat kepada ibu bapa. Foto Yorkshire Live/MEN MEDIA

DUA kanak-kanak didapati positif Covid-19, hanya beberapa hari sekolah rendah dibuka semula.

Sekolah Rendah St Paul's Church of England di Wibsey, Bradforf di England menulis surat kepada ibu bapa, menasihati mereka supaya menjalani kuarantin sendiri.

Arahan itu dikeluarkan sekiranya mereka mempunyai kontak dengan dua murid berkenaan.

Menerusi satu surat yang dikeluarkan kepada ibu bapa pada Rabu, guru besar, Cath Palmer memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa dua murid tersebut telah pulih sepenuhnya.

Memetik laporan Yorkshire Live, kesemua prosedur telah dipatuhi.

Surat tersebut menyebut: "Pada Isnin 1 Jun, kami telah dimaklumkan bahawa dua kanak-kanak yang baru-baru ini hadir ke sekolah, dari rumah yang sama, telah disahkan positif Covid-19 pada hujung minggu.

"Kami ingin memaklumkan bahawa mereka kini sihat dan telah sembuh sepenuhnya.

"Semua ibu bapa kepada anak-anak dan kakitangan yang mungkin mempunyai kontak dengan mereka yang terlibat dinasihatkan supaya menjalani kuarantin sendiri," menurut surat berkenaan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

murid, sekolah rendah, kuarantin, Covid-19,

Artikel Lain