suria

Nanas disumbat mercun, gajah bunting mati angkara sifat kejam penduduk kampung

Seekor gajah mati setelah diberi nanas yang disumbat mercun. foto: AFP via Getty Images.

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah yang dapat menggambarkan kekejaman penduduk kampung di Karala, India apabila perbuatan mereka menyebabkan seekor gajah bunting mati.

Menerusi kejadian di Sungai Valiyar, mereka menyumbat mercun dalam sebiji nanas sebelum diberikan kepada gajah tersebut.

Ia menyebabkan mulut gajah itu hancur sebelum ia ditemui mati tiga hari kemudian.

"Gajah itu tak boleh makan selepas ia diberi nanas itu,

"Sudah tentu ia diberi makanan itu untuk mengusirnya dari kampung," jelas seorang aktivis.

Dalam pada itu, seorang selebriti India, Shradda Kapoor turut mengecam insiden itu.

Ujarnya, kejadian itu cukup melukakan hatinya dan dia mahu pelaku diberi hukuman tegas, - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gajah, mercun, nanas

Artikel Lain