suria

Angka kematian akibat Covid-19 lebih 31,000, England wajibkan penumpang pengangkutan awam pakai topeng muka bermula 15 Jun

Penumpang yang menaiki semua jenis pengangkutan awam di England wajib memakai topeng muka bermula 15 Jun. Foto: AFP via Getty Images

SEMUA penumpang pengangkutan awam di England diwajibkan untuk memakai topeng atau penutup muka berkuat kuasa pada 15 Jun ini.

Kerajaan berkata langkah tersebut diwajibkan ke atas semua jenis pengangkutan awam seperti tren, bas, dan kapal terbang di mana ia bertujuan untuk melindungi orang lain berikutan kebanyakan kedai, sekolah dan sektor lain sudah mula dibuka.

Mereka yang enggan mematuhi peraturan baharu akan dihalang daripada melakukan perjalanan dan didenda berdasarkan Peraturan Kereta Api Nasional dan Peraturan Kenderaan Perkhidmatan Awam.

Kerajaan berkata, topeng pembedahan (surgical mask) harus disimpan untuk tujuan klinikal, tetapi penumpang boleh memakai apa jua jenis penutup muka termasuk yang dijahit sendiri.

Beberapa golongan boleh dikecualikan daripada peraturan baru tersebut, termasuk kanak-kanak kecil, orang kurang upaya dan mereka yang mengalami kesukaran untuk bernafas.

Pelaksanaan peraturan baharu itu diumumkan selepas United Kingdom (UK) merekodkan lagi 133 kes kematian akibat Covid-19 pada Khamis. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, topeng muka, England

Artikel Lain