suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Protes bertukar ganas, polis cedera dibakar perusuh di Mexico

Kejadian berlaku pada Khamis lalu di Mexico.

SATU protes di Mexico bertukar ganas sehingga mencederakan seorang anggota polis.

Menerusi kejadian pada Khamis, seorang lelaki tidak dikenali menyimbah cecair dipercayai petrol kepada seorang polis sebelum menyalakan api.

Polis itu kelihatan meronta-ronta sebelum berjaya diselamatkan dua rakan sekerjanya.

Selain polis itu yang melecur, lima lagi anggota turut tercedera dalam rusuhan itu.

Malah, video kejadian turut dikongsi secara meluas di internet.

Susulan itu, 26 perusuh sudah ditahan setakat ini.

Protes dijalankan di Mexico selepas seorang lelaki, Giovanni Lopez, didakwa meninggal dunia selepas dibelasah polis kerana ditahan tidak memakai topeng muka. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

protes, polis, api, bakar

Artikel Lain