suria

Rumah impian ranap sekelip mata, ibu bersama 4 anak cemas selamatkan diri

Foto kediaman wanita itu yang runtuh secara tiva-tiba.

SEORANG wanita bersama empat anaknya sempat melarikan diri sewaktu kediaman mereka yang terletak di satu kawasan berbukit di Kent, England runtuh secara tiba-tiba.

Menurut Emma Tullet, 42, dia pada waktu itu terdengar bunyi rekahan sebelum melihat sebahagian ruang kediamannya runtuh sekelip mata.

Dalam keadaan cemas, dia bersama anak-anak dan teman lelakinya sempat melarikan diri dan keluar dari rumah itu.

"Ketika dengar bunyi dan lihat separuh rumah runtuh, pada ketika itu saya kata kami semua kena keluar.

"Saya sememangnya panik. Saya tak tahu apa yang berlaku," ujar Emma.

Menurut wanita itu, dia membeli rumah berkenaan pada tahun 2018.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia menangis tidak berhenti kerana terlalu sedih memikirkan nasib keluarganya selepas ini.

"Patah hati, saya tak pernah lagi menangis seperti ini. Sesuatu yang tak dijangka.

"Rasa macam di medan perang," ujarnya lagi. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rumah impian, runtuh, bukit

Artikel Lain