suria

Elak risiko Covid-19, kanak-kanak pakai kostum angkawasan di lapangan terbang curi tumpuan ramai

Aksi kanak-kanak ini yang mencuri tumpuan ramai.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, pelbagai langkah diambil orang ramai dalam mengurangkan risiko jangkitannya.

Selain pemakaian topeng muka dan sarung tangan, ada juga yang tampil esktra dengan pakaian perlindungan khas (PPE) termasuklah kostum-kostum pelik.

Terbaharu di sebuah lapangan terbang di China, seorang kanak-kanak dilihat memakai pakaian angkasawan.

Dia pada waktu itu berjalan dengan ibunya sebelum melepasi kawasan pemeriksaan kesihatan.

Video comel itu turut dikongsi meluas di internet dan menarik perhatian ramai.

Dalam pada itu, jurucakap lapangan terbang tersebut berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang larangan terhadap pemakaian kostum sedemikian.

Ujarnya, pengguna lapangan terbang berhak memakai apa sahaja asalkan ia tidak membahayakan pengguna orang lain. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, angkasawan, China

Artikel Lain