suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter M1-17 terhempas di Jawa Tengah, 4 tentera Indonesia terbunuh

Kejadian di Jawa Tengah itu turut mencederakan lima lagi anggota tentera yang lain. fotoBERNAMA.

SERAMAI Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah, Indonesia.

Dalam kejadian 1.40 petang Sabtu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu, ” kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan.- BERNAMA.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain