suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Keluar rumah tak pakai penutup muka, individu degil dipaksa tekan tubi

Denda tekan tubi dikenakan di Bali jika tidak memakai penutup muka. foto: IG denpasarnow.

SETIAP negara ada cara mereka tersendiri dalam mengekang penularan Covid-19.

Ada yang memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak kurang juga yang terus mengenakan perintah berkurung atau lockdown.

Di Bali, Indonesia pula, sesiapa yang tidak memakai topeng muka akan dikenakan denda tekan tubi.

Menurut laporan tempatan, ramai penduduk setempat dipaksa melakukan tekan tubi kerana gagal mengikuti arahan itu.

Malah, video serta foto melibatkan hukuman itu turut dikongsi secara meluas di media sosial.

Menurut Ketua Kampung Intaran, Gusti Agung Alit Kencana, sesiapa yang tidak memakai topeng muka juga tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Pada 5 April lalu, pihak berkuasa Bali menetapkan kewajipan pemakaian topeng muka demi mengekang Covid-19. - Daily Star.

tekan tubi. Bali, Covid-19

Artikel Lain